Assalamualikum w.b.t
Alhamdulillah.. dua pertiga Ramadhan telah berlalu. Mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dan maghfirah dari Allah S.W.T. Bagi orang mukmin fasa ke tiga ramadhan adalah sangat besar ertinya. Rasulullah s.a.w mengajar umatnya supaya mempertingkatkan amalan di akhir ramadhan ini seolah-olah inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita.
Cuma dikesempatan ini mari kita renung dan muhasabah sejenak bagaimana amalan atau ibadah yang telah kita lakukan sebelum ini iaitu sepanjang 20 hari Ramadhan yang lalu. Apakah ia benar-benar memenuhi syarat atau tuntutan untuk diterima Allah sebagai amal soleh.Ada beberapa indikator bagi mengukur kesempurnaan amalan.
1. Niat yang ikhlas
2. Benar dari segi amalannya
3. Dilakukan dengan penuh penghayatan
4. Sabar dalam ketaatan kepada Rabbul Jalil.
1. Niat yang ihklas kerana Allah adalah perkara yang paling asas sebagao syarat sah atau diterima sesuatu ibadah. Ahli fekah meletakkan niat sebagai rukun dalam semua ibadah dan amalan. Nabi s.a.w juga menegaskan perkara ini dalam hadisnya yang masyhur.. mafhumnya "Sesungguh setiap amalan hendaklah dengan niat, dan setiap pekerjaan itu mengikut apa yang diniat..."
oleh itu jangan ada sebab atau faktor lain yang menyebabkan kita melakukan sesuatu ibadah.. lebih-lebih lagi untuk memperlihatkan pada orang lain.
2. Benar dari segi Amalan bermaksud dalam melakukan amalan dan ketaatan kepada Allah hendaklah dipastikan beberapa perkara :
a. betul dari rukun dan syarat sahnya.
b. tiada sebarang unsur bid'ah sperti kisah dua lelaki yang bertanyakan Aisyah perihal ibadah Rasulullah, lalu salah seorang darinya berkata kan berpuasa sepanjang tahun. dan lelaki kedua enggan berkahwin. Lalu ia ditegah oleh Rasulullah s.a.w.
c. Tidak bercampur dengan perkara yang haram atau maksiat, seperti ramai yang menunaikan puasa tetapi dalam masa yang sama mengabaikan solat fardhu! berniaga atau mencari rezeki yang halal tetapi tidak menutup aurat dan lain-lain.
3. Dilakukan Dengan Penuh Penghayatan. Setiap amalan ada sunat, makruh sah dan batalnya. Oleh itu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan menjaga adab dan tertibnya. Sebagaimana dalam ibadah solat, perlu dijaga perkara-perkara sebelum solat seperti kebersihannya, kesempurnaan wudhuknya, begitu juga ketika solat amat penting mengetahui rukun dan syarat sah solat. Bagaimana dengan rukun qaulinya, tajwid bacaan-bacaan rukun dalam solat. Begitu juga dengan ibadah puasa, dipelihara dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa sertamempperbanyakkan amalan yang dituntut.
4. Bersabar dalam melakukan ketaatan. Sudah pasti dalam melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T banyak gangguan, godaan dan kekangan yang berlaku di sekeliling kita. Maka kesabaran amat diperlukan bagi menjamin kelangsungan ibadah tersebut. Sebab itu Allah lebih sukakan yang sedikit tetapi berterusan dan sifat istiqamah dalam perkara kebaikan.
Mudah-mudahan keempat-empat perkara di atas dapat dijadikan indikator / KPI bagi mencapai ketakwaan yang menjadi matlamat tarbiah Ramadhan ini dan sekiranya ada perkara yang menghalang kesempurnaan atau menyebabkan amalan kita ditolak oleh Allah S.W.T maka kita sama-sama perbaikinya semoga Ramadhan kali ini benar-benar bermakna untuk kita.
No comments:
Post a Comment