Kemuncak kepada keberkesanan kefardhuan puasa Ramadhan ialah menjadikan Muslim yang berpuasa itu tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa, seperti yang ditegaskan dalam ayat 183 surah al-Baqarah yag bermaksud "... agar kamu menjadi orang yang bertakwa"
Takwa mempunyai pelbagai pengertian, sebagai rumusannya takwa adalah kemuncak takut kepada Allah SWT iaitu mentaati Allah SWT dengan mengerjakan segala perintahNya serta apa yang dibawa oleh Rasul s.a.w dan meninggalkan segala larangannya.
Bagaimana kita mampu meraih kedudukan takwa ?
1. Takut kepada Allah SWT
Perasaan takut ini boleh dijelmakan melalui soalan-solan seperti Takut sekiranya dimatikan dalam keadaan tidak beriman kepada Allah SWT, takut apakah kita boleh menjawab soalan dalam kubur, Apakah ia boleh mendapat syafaat Rasulullah sedang dalam kehidupan seharian jauh dari sunnah baginda.
2. Beramal dengan seluruh kandungan al-Quran
Al-Quran mengandungi semua perkara yang bersangkutan kehidupan manusia, petunjuk ke jalan kebenaran dan sebagai panduan yang lengkap.
3. Redha dengan apa yang ada pada diri.
Ramadhan banyak mengajar kita dengan sifat redha. Ia membuang sifat tamak, suka berlebihan dan pembaziran sebaliknya mengajur amalan sedekah dan besederhana dengan kekurangan.
No comments:
Post a Comment