Bagaimana menanamkan minat membaca?
Pelbagai usaha telah dilakukan untuh tujuan tersebut tetapi rakyat Malaysia masih tergolong dalam kalangan masyarakat yang kurang membaca. 2 buah buku setahun ! itu pun jenis bacaannya akhbar, komik dan majalah.
Jadi bagaimana memupuk minat membaca. Usaha berterusan perlu dilakukan antaranya :
1. Kepentingan Ilmu
Memahami bahawa agama sangat mengambil berat tentang kepentingan ilmu apabila menurunkan wahyu pertama dengan perintah Iqra'.
2. Sekiranya membeli belah atau bersiar-siar jadikan kunjungan ke kedai buku sebagai satu kemestian. Mulakan buku-buku ilmiah yang mudah, menarik. Kalau boleh pastikan buku-buku tersebut ada nilai-nilai seperti nilai tauhid, cintakan jihad dan keberanian, bencikan maksiat dan memupuk akhlak yang mulia.
3. Adakan perbincangan, ulasan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.
4. Wujudkan perpustakaan mini atau bilak bacaan.
5. Pastikan bahan bacaan mudah dicapai.
6. Jadikan buku sebagai hadiah
7. Jauhkan atau elakkan perkara yang boleh membunuh minat membaca seperti menonton TV berlebihan atau salah pilih kawan (jenis yang tidak minat membaca)
No comments:
Post a Comment